Translate

Monday, June 23, 2014

REKA CORAK KONTEMPARARI MODEN















AQIE UDA - TENUN WARISAN PAHANG

reka corak tenun pahang tradisi

welcome to tenun pahang Di raja

Sejarah Tenun Pahang DiRajaDipercayai berasal dari Riau Atau Sulawesi. Dibawa ke Pahang pada abad ke 16 masehi. Diperkenalkan oleh seorang Pembesar Bugis yang menetap di Kampung Mengkasar dan dikenali sebagai Tuk Tuan (Keraing Aji).Corak Tenun Pahang DiRaja
Terdapat sebanyak 27 rekacorak dan 4 Muka Kain Tradisional antaranya :
Corak Anak LebahCorak Tapak Catur
Corak Batang PinangCorak Dato Mahmud
Corak Jalur BiasaCorak Mengiring
Corak Bunga ChengkihCorak Bunting Padi
Corak Biji PeriaCorak Cindai
Corak PahangCorak Limar
Corak Tun Razak

Menjadi Seni Warisan Kraftangan Negeri Pahang sejak 2 Abad yang lalu. Diperkenalkan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak pada penghujung tahun 1960. Tertubuhnya Pusat Tenun Pahang yang pertama di Pulau Keladi, Pekan.

Bermula dari tahun 1995 sehingga kini PKNP telah mengambil inisiatif untuk memaju dan membangunkan semula Tenun Pahang DiRaja bagi memastikan Kain Tenun Pahang DiRaja. sentiasa kekal sebagai Warisan Seni Negeri Pahang.
Beberapa usaha telah disusun oleh PKNP bagi mengembangkan perusahaan ini. Antaranya tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan :

a.Mendapat khidmat dari Fakulti Art & Design dr UITM pada awal operasi.
b.Kepakaran daripada SIRIM bagi mewujudkan mesin tenun semi auto untuk mempertingkatkan pengeluaran.
c.Kajian oleh PKKM bagi membentuk standard Kain Tenunan Malaysia


Pusat Pengembangan Tenun Pahang DiRaja Kg.Soi Kuantan dibina pada tahun 2000 bagi menyokong aktiviti pengeluaran, latihan & kegiatan R&D. Penekanan kepada kualiti, kuantiti dan kepelbagaian produk. Awal operasi hanya menempatkan seramai 6 orang peserta dan sehingga kini terdapat seramai 28 peserta dan 2 orang penyelia.

Aktiviti Pusat tersebut adalah terdiri :

a.Latihan tenunan (6 – 24 bulan)
b.R&D Pewarnaan Asli
c.Pengeluaran Produk Tenun Pahang
d.Proses pewarnaan benang hingga sedia ditenun.

Peserta adalah terdiri dari penduduk sekitar spt Kg. Pantai Sepat, Kempadang, Anak Air, Soi dan Peramu.

Terdapat seramai 10 orang penenun mahir, 10 orang dikatagorikan sebagai penenun separuh mahir dan tidak mahir serta 8 orang peserta bagi proses penyediaan benang hingga ke papan gulung.

Anggaran pengeluaran setahun Kain Tenun Pahang DiRaja adalah sebanyak 3000 meter.

Pengeluaran sekarang masih tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat setiap tahun.

Matlamat Projek :

a.Mengembangkan Tenun Pahang DiRaja dalam Industri Tekstil.
b.Melatih Masyarakat Desa Menjadi Usahawan.
c.Memajukan Masyarakat Bumiputera.
d.Kain Tenun Sebagai Punca Pendapatan.
e.Produk Pelancongan Negeri Pahang.
f.Mewujudkan industri desa berkonsepkan “Satu Daerah Satu Industri”
g.Meningkatkan kemahiran, produktiviti tenaga kerja.
h.Meningkatkan aktiviti pemasaran, pemakaian, penggunaan produk Tenun Pahang DiRaja .
i.Menambah kelengkapan, teknologi dan infrastruktur Perusahaan Tenun Pahang.
j.Pempergiatkan aktiviti R&D.
Peranan Sosio Ekonomi
Perusahaan Tenun Pahang DiRaja ini diharapkan akan dapat membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar khususnya bagi kaum wanita dalam menampung keperluan isi rumah. Melalui program yang diadakan, PKNP berhasrat melahirkan lebih ramai penenun yang akhirnya dapat menhasilkan produk dari kediaman mereka sendiri. Aspirasi ini bagi memenuhi harapan kerajaan dalam merealisasikan program ‘Satu Daerah Satu Industri’ sepertimana yang di beri penekanan dalam RMK9.
Perancangan Masa Depan
Pembinaan bangunan tambahan bersambungan dengan Pusat Pengembangan Tenun sediada bagi menampung kapasiti pengeluaran yang semakin meningkat serta lanjutan kepada Pelancaran Tenun Pahang DiRaja pada 8 Mei 2006.

Menempatkan ruang R&D, pejabat, showroom dan jahitan. Dianggarkan berjumlah RM1 juta.

Menempatkan sebanyak 60 unit ‘Kek Tenun’ dan peralatan yang terlibat spt mesin spinning, menggulung, mewarna.

Pusat Pengembangan Tenun Pahang DiRaja, Kg. Soi, Kuantan (Pusat Pengeluaran)

Terletak di Pusat Pertumbuhan Desa Kg. Soi, Kuantan
Kedudukannya 12 km dari Bandar Kuantan
Mula beroperasi Tahun 2000
Di sini ada menjual kain sutera dengan harga antara RM30 hingga RM1,200 bergantung pada jenis produk yang ditawarkan
Turut menerima tempahan daripada sesiapa yang berminat.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi :-
Pusat Pengembangan Tenun Pahang
Kg. Soi, Jalan Kempadang Perdana 1,
25150 Kuantan.
HP : 013-9863068 (Pn. Zila Md Saud)

Galeri Tenun Pahang (Pusat Jualan dan Promosi)


serarah tenun pahang Di raja

Sejarah Tenun Pahang DiRaja
Dipercayai berasal dari Riau Atau Sulawesi. Dibawa ke Pahang pada abad ke 16 masehi. Diperkenalkan oleh seorang Pembesar Bugis yang menetap di Kampung Mengkasar dan dikenali sebagai Tuk Tuan (Keraing Aji).
Corak Tenun Pahang DiRaja
Terdapat sebanyak 27 rekacorak dan 4 Muka Kain Tradisional antaranya :
 Corak Anak Lebah Corak Tapak Catur
 Corak Batang Pinang Corak Dato Mahmud
 Corak Jalur Biasa Corak Mengiring
 Corak Bunga Chengkih Corak Bunting Padi
 Corak Biji Peria Corak Cindai
 Corak Pahang Corak Limar
 Corak Tun Razak